




Pengenalan
Objektif peraduan ini adalah untuk mewujudkan perasaan nostalgia dan kegembiraan di kalangan rakyat Malaysia ketika musim perayaan Raya Aidilfitri. Hari Raya adalah masa yang terbaik untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan, memupuk semangat kejiranan dan persefahaman dalam keluarga dan masyarakat. Sempena raya tahun ini, kami menjemput anda untuk berkongsi foto Raya kegemaran anda dengan orang tersayang.
Selain memaparkan foto Raya kegemaran anda di papan iklan digital kami, anda akan mendapat duit raya serta sumbangan yang akan kami salurkan kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund atas nama anda. Perkongsian rezeki bukan sahaja menyerikan sambutan Aidilfitri tetapi sebagai landasan untuk memupuk rasa empati, membantu sesama manusia serta mendidik nilai kebersamaaan dan perkongsian.
Cara Penyertaan
Hantarkan penyertaan anda di bawah
"(Required)" indicates required fields
Menangi Hadiah-hadiah Menarik!
Soalan Lazim
Had saiz fail foto minimum adalah 1MB dan maksimum, 3MB bagi setiap foto. Foto-foto penyertaan perlu dihantar tanpa melakukan sebarang perubahan padanya seperti manipulasi, superimpose atau trik-trik fotografi dan penggunaan filter atau sebarang pengeditan foto tidak dibenarkan sama sekali. Ini adalah untuk memastikan kejelasan foto anda tidak terjejas untuk penggunaan di papan iklan luar digital jika anda dipilih sebagai salah seorang pemenang peraduan.
Sila memakai pakaian yang sopan dan mengikut tema Raya untuk berpeluang memenangi peraduan ini. Pemakaian yang tidak sesuai mengikut garis panduan papan iklan luar adalah pakaian tanpa lengan, mendedahkan bahagian dada dan belakang serta seluar pendek atau skirt pendek yang menampakkan bahagian lutut. Pemakaian berunsurkan hasutan, bahasa kesat dan perwakilan jenama, organisasi atau agama juga tidak dibenarkan sama sekali. Kegagalan untuk mematuhi panduan pemakaian tersebut akan menjejaskan penyertaan anda dalam peraduan ini.
Penyertaan yang sah hanya diterima daripada individu yang berumur 18 tahun ke atas. Individu tersebut perlu mendapatkan kebenaran dari semua peserta yang ada di dalam gambar yang dihantar tanpa mengira umur.
Tidak. Penyertaan yang dihantar selepas 13 April 2025 akan dianggap tidak sah.
Tidak. Memandangkan Big Tree Outdoor Sdn. Bhd. adalah penganjur kempen ini, pekerja dan keluarga terdekat mereka tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.
Peraduan ini akan dinilai berdasarkan tiga kriteria utama:
Pertama, Kreativiti merangkumi 40% daripada jumlah markah. Juri akan menilai penyertaan berdasarkan foto yang unik, menarik dan ceria.
Kedua, Autentik mewakili 30% daripada jumlah markah. Peserta digalakkan untuk menunjukkan perspektif yang unik dan menangkap momen kegembiraan secara spontan.
Akhir sekali, Penggunaan Elemen Raya merangkumi baki 30%. Penyertaan hendaklah mencerminkan semangat Hari Raya, merangkumi aspek-aspek seperti pakaian tradisional dan menziarahi keluarga dan menunjukkan kemesraan dan kebersamaan yang dikaitkan dengan perayaan tersebut.
Kami akan menghantar pengesahan rasmi kepada anda melalui e-mel dimana kami akan maklumkan cara untuk menuntut hadiah anda. Untuk menuntut hadiah, pemenang dikehendaki memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk kami hantarkan wang hadiah. Untuk sumbangan anda kepada tabung kebajikan, pihak kami akan menderma kepada Media Prima NSTP Humanitarian Fund dan akan menyediakan surat rasmi atas nama anda.
Kami akan memaparkan gambar Hari Raya anda seperti berikut:-
Gambar sampel Hari Raya (vertical DOOH)
Gambar sampel Hari Raya (horizontal DOOH)
Ya. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan. Namun, sekiranya satu (1) atau lebih penyertaan peserta tersebut layak untuk memenangi peraduan ini, hanya satu (1) penyertaan yang akan diambil kira.
Dalam tempoh 17 - 23 April 2025.
Gambar Hari Raya kesemua pemenang peraduan ini akan dipaparkan pada papan iklan digital Big Tree mulai 17 - 30 April 2025. Para peserta dinasihatkan mengikuti Big Tree di laman media sosial (Instagram dan/atau Facebook) untuk memperoleh maklumat lanjut.
Berikut adalah senarai papan iklan digital Big Tree yang akan memaparkan gambar Hari Raya anda:-
- Stesen LRT Aliran Kelana Jaya (Bangsar, KL Sentral, Masjid Jamek dan KLCC)
- Stesen Monorail (KL Sentral, Hang Tuah, Imbi dan Bukit Bintang)
- KL Sentral (berdekatan eskalator ke Nu Sentral)
- Bukit Bintang (berdekatan Lot 10)
- Jalan Sultan Ismail (berdekatan Hotel Shangri-La)
- Jalan Sultan Ismail (berdekatan SME Bank)
- Jalan Imbi (berdekatan Berjaya Times Square)
- Jalan Bangsar (berdekatan Stesen LRT Bangsar)
- Jalan Maarof (berdekatan Bangsar Shopping Centre)
- Jalan Damansara (di atas Bangunan Sonali)
- Jalan Damansara (berdekatan Balai Bomba TTDI)
- Jalan Cheras (bertentangan Eko Cheras Mall)
- Jalan Tun Razak (berdekatan Intermark Mall)
- Lebuhraya SPRINT (berdekatan Victoria Station Bukit Damansara)
- Lebuhraya KL- Seremban (berdekatan Plaza SMART Tol)
- Persiaran Kewajipan (berdekatan Summit Mall)
- Persiaran Surian (berdekatan IOI Mall Damansara)
- Lebuhraya Persekutuan (bertentangan Subang Jaya)
- Lebuhraya Damansara-Puchong KJ (berdekatan dengan Kelana Jaya Medical Centre)
- Lebuhraya Damansara-Puchong DU (berdekatan dengan Stesen Minyak Petronas TTDI)
- Lebuhraya Pantai Baru (bertentangan Sunway Pyramid)
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantarkan e-mel kepada thinkbig@bigtree.com.my
@bigtreeoutdoormy